Saturday, April 12, 2014

Apa Kandungan Yang Dikeluarkan Ketika Berbekam?



Secara ringkasnya, gambar diatas menunjukkan keadaan selepas proses berbekam dijalankan. Pada layer dibahagian atas, kita dapat lihat ada wap air, wap air itu adalah angin dalam badan kita. Anda pernah rasa-rasa sengal bandan? Antara puncanya adalah angin dalam badan yang banyak. Melalui Bekam Angin, angin dalam badan boleh dikeluarkan dengan mudah.

Lapisan kedua adalah lapisan toksid dan asid dalam tubuh, perkara ini adalah benda utama yang ingin kita keluarkan dari badan supaya toksik yang berkumpul dikawasan utama organ dalaman kita dapat dikeluarkan, jika dibiarkan, ianya akan memberi kesan terhadap organ dalaman kita dan itu lah datangnya penyakit yang merosakkan organ dalaman kita.

Dan lapisan yang terakhir adalah lapisan darah bermasalah atau berpenyakit, darah ini berada dalam tubuh kita diantara kulit dan daging. Jika ketiga lapisan bendasing ini dapat dikeluarkan secara konsisten dari tubuh kita, insyaAllah tubuh kita akan sentiasa dalam keadaan yang sihat.


- Al Faqir Mohammad Azhar Al Ansari
(012-3390227)




Perbezaan Bekam Sunnah, Bekam Moden dan Bekam Lama



Gambar di atas menunjukkan gambar Rawatan Bekam yang dilakukan dengan cara lama, iaitu perawat akan menggunakan Tanduk sebagai alat untuk menyedut darah keluar dari tubuh. Cara rawatan begini agak sukar untuk kita lihat di Malaysia, tetapi di Indonesia masih ada lagi rawatan begini. Cara ini kurang disarankan kerana, keadaan kebersihan dalam tanduk akibat dari kesan darah yang disedut dari pesakit lain dikhuatiri akan memberi kesan kepada pesakit yang lain. (Pastikan pusat rawatan yang anda pergi, menjaga kebersihan, kesihatan anda, tanggungjawab anda, jika masih risau, boleh hubungi saya untuk rawatan)



Rawatan bekam moden mula diperkenalkan dengan mengunakan alat cup yang diperbuat daripada plastik atau kaca, ianya lutsinar dan kita boleh lihat kebersihan dalaman cup dan luaran cup. Bekam cara moden ada yang menggunakan api sebagai bahan untuk menghasilkan tenaga sedutan di dalam cup seperti gambar di atas. Dan ada yang menggunakan alat pengepam samaada secara manual atau mesin pam. Rawatan bekam juga diamalkan oleh kaum cina, kerana mereka juga tahu rahsia dan kebaikan berbekam ini.


Rawatan Bekam Sunnah adalah rawatan yang diamalkan oleh Perawat Islam, bekam sunnah ini akan mengikut cara Islam, yang akan menjaga tata tertib ketika rawatan, diasingkan rawatan lelaki dan wanita, dijaga kebersihan, dirawat ditempat yang sesuai, dibacakan ayat ruqyah, dibacakan doa-doa syifa dan selawat. Menyerah bulat kepada Allah swt, bahawa kesembuhan datang dari Allah swt, bukan dari alat-alat rawatan. Mengikut atur cara rawatan, merawat di point-point yang perlu sahaja. Perawat Islam itu sendiri perlulah orang yang berilmu dan berguru dalam merawat. Cas perkhidmatan yang terima tidak membebankan pesakit. Rawatan yang dijalankan adalah ikhlas untuk membantu pesakit, bukan hanya keuntungan semata.



Daripada penulisan saya diatas, kita boleh bezakan Rawatan Bekam yang sesuai untuk diri kita, kebanyakan awam diluar sana tidak mengambil kira hal ini, sebenarnya hal ini sangat penting untuk difahami, ada mereka yang buat perkhimatan bekam ini hanya dengan tujuan keuntungan semata-mata. Mereka beli alat bekam, cari buku rujukan bekam, mereka pelajari dan praktis, kemudian terus buka pusat rawatan bekam. Elakkan dari bertembung dengan perawat begini. Bukan kita diskriminasi, cuma pesakit perlu berhati-hati kerana ini melibatkan kesihatan anda. Pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku.

Pesakit juga perlu bezakan rawatan bekam sunnah dan bekam biasa, bekam sunnah ini biasanya Perawat Islam akan meruqyah anda dengan bacaan suci Al Quran tertentu yang berkaitan dengan perubatan dan kesembuhan, tetapi banyak juga diluar sana yang menyatakan mereka ini Perawat Islam, tetapi merawat seperti koboi saja. Asal sedut keluar darah. Minta dijauhkan, biar kita ini pergi mendapatkan perkhidmatan dan juga dapat pahala sunnah. insyaAllah

Saya mempelajari Perubatan Islam secara Talaqqi hampir 3 - 4 tahun sebelum membuka perkhidmatan bekam. Kami diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami juga berdaftar dengan Gabungan Perubatan Islam Malaysia Gappima dan lain-lain. Jadi pilihlah mana yang terbaik dan sesuai buat diri saudara saudari sekalian.


Baca Artikel saya yang lain...

- Al Faqir Mohammad Azhar Al Ansari
(012-3390227)











Apa Itu Rawatan Bekam Sunnah?



Bekam adalah salah satu perubatan yang dianjurkan oleh Rasulullah saw, darah yang keluar dari tubuh pesakit adalah darah yang bermasalah, mempunyai toksik dan kandungan kotor lain. Darah yang dikeluarkan ini berada diantara bawah kulit dan daging tubuh kita.

Berbekam ini juga telah disarankan oleh para Malaikat kepada Rasulullah saw seperti yang dicatatkan di dalam Hadith.

Daripada Anas bin Malik r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Bahawa tidak aku berlalu (berjalan) di malam Israk dengan Malaikat melainkan mereka berkata, wahai Muhammad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam".

Daripada Nafiq r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Barangsiapa berbekam maka ke atasnya keberkatan dari Allah dan berbekam juga menghilangkan kahak, gelama (lendir) dan balgham (lemak)".

Belum lagi kita dengar rawatan perubatan yang dinyatakan oleh para Malaikat melainkan rawatan berbekam ini. Jadi ternyata rawatan perubatan bekam ini, bukanlah rawatan yang biasa. Setiap sunnah pasti ada kejayaan, begitu juga dalam bentuk perubatan, pasti ada kebaikan buat kita. insyaAllah


Baca artikel saya yang lain...

- Al Faqir Mohammad Azhar Al Ansari
(012-3390227)